rasenye agk lame aku x update blog aku ni...sorry la...skrg ni aku busy skit ngn final project,
alhamdulillah sumenye da nk selesai..tinggal update report & buat presentation..selesailah masalah kat adtec ni...segala dugaan yang aku n kwn2 lalui kat adtec ni..memang ade macam2 dugaan...
tak sabar rasenye nak tamatkan pengajian jat adtec ni....
Followers
27 May 2010
FYP xhabis-habis.......
Posted by Haziq aziz at 11:40 AM 0 comments
11 May 2010
Layu dalam melayu...
aku lihat layu dalam melayu,
aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuannya
tapi bercampur risau dan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur,
tak dikata sedar diri,
jadi aku menyendiri
memerhati..dan akhirnya mengakui
yang kita membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan dibiar tak cantik mekar dikiri...
ku lihat layu dalam melayu,
tanah air kita yang punya,
kita siram, kita baja
tapi angin api kita lupa
mereka merancang masa menjilat bangsa,
tiga belas harimau bertukar menjadi mangsa,
kita lupa,nenak moyang kaya raya,
jangan sesekali digadai hartanya...
ku lihat layu dalam melayu,
ku lihat layu dalam melayu,
ku lihat layu dalam melayu,
takkan melayu hilang didunia...
ia..tapi apa guna tak hilang didunia kalau kewujudan tidak dirasa,
petah berbahasa kudrat tak berjasa,
orang berbudi kita hanya tahu merasa,
selalu lari bila dirapat,
selalu malu bila soalan diaju,
selalu segan memberi pendapat,
rela mengikut dari meneraju,
belum nyanyi sudah bersorak,
suka berjanji dalam borak,
bukan kata tak ada otak,
cuma tak berfikir diluar kotak...
ku lihat layu dalam melayu,
ku lihat layu dalam melayu,
ku lihat layu dalam melayu,
aku jadi sayu,
bunga menangis,
dia mahu menjadi cantik tapi ragu
aku merayu...
bangunlah semula hidup kembali,
jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum lerai,
perjuangan kita belum selesai...perjuangan kita belum selesai...
Posted by Haziq aziz at 11:59 AM 0 comments
10 May 2010
Cerita final Project(FYP)
Posted by Haziq aziz at 10:19 AM 0 comments
05 May 2010
MEMBUAT FORMAT/INSTALI PADA PC DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN WINDOWS XP
Artikel ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP, langkah demi langkah....
Mengapa perlu format komputer anda??
- Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu install “operating system(OS)” ke dalamnya.
- Windows anda rosak, fail WINDOWS crash, diserang virus/malware. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.
- Hidupkan komputer anda.
- Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETEatau F10) untuk memasuki skrin BIOS.
- Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
Posted by Haziq aziz at 1:57 PM 1 comments
04 May 2010
Bermulanya disini....
hi all..hari ni aku baru je buat blog ni..so sesiape yang tahu mcm ne nk meriahkan blog,kalau x keberatan leh la korang ajar aku ek...
Posted by Haziq aziz at 3:27 PM 0 comments




