bErape oRang Dah VieW?

Followers

05 May 2010

MEMBUAT FORMAT/INSTALI PADA PC DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN WINDOWS XP

Artikel ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP, langkah demi langkah....


Mengapa perlu format komputer anda??

  1.  Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu install “operating system(OS)” ke dalamnya. 
  2. Windows anda rosak, fail WINDOWS crash, diserang virus/malware. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa. 
Tetpkan Boot Sequence Kepada CD-ROM.

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini
Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)
  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETEatau F10) untuk memasuki skrin BIOS.
Dalam Phoenix Bios,pilih "ADVABCE BIOS FETURES"





3.PILIH BOOT SEQUENCE


4.Dalam urutan Boot Sequence, pasrikan CD-ROM berada di bahagian 1st Boot Device


5.Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
 



  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI    or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. 


3.”Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP


4.Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda    menggunakan hard disk jenis ATA(PATA) atau SATA. Kemungkinan juga hard disk anda telah rosak ataupun penyambungan pin tidak betul.Tekan butang F3 untuk reset atau “off” pc anda dan periksa hard disk dengan membuka casing PC anda.


5.“Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.


6.Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Tekan butang ESC untuk meneruskan  installation Windows XP yang baru.


7.Sekiranya hard disk anda:
  - Masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
  - Tetapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 10.

8.Buat satu partition dengan menekan butang C


9.Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.


10.Pilih partition C: untuk install Windows XP. Tekan butang ENTER untuk teruskan

*PERINGATAN:
jika anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan
memindahkan data tersebut ke  dalam partition  D: ataupun ke dalam external hard drive.


11.seterusnya,apabila skirn keluar paparan seperti gambar dibawah, Tekan butang C untukmeneruskan setup.

12.Pilih NTFS file system atau NTFS file system(quick) dan tekan ENTER.
*jika anda masih mempunyai file yang penting di dalam partition yang dipilih,pilih: 
 “leave the  current file system intact(no change)”


13.kemudian,Tekan butang F untuk format Hard Disk.




14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.



Install Windows XP



1.Proses install Windows XP bermula.stetlah beberapa minit installation mula,skrin akan paparkan seperti gambar di bawah, Klik pada butang Next.


2.Masukkan nama dan organisasi(jika perlu) dan klik butang Next.



3.Masukkan nombor siri(20character) bagi Windows XP dan klik butang Next.


4.Masukkan password bagi Administrator(untuk tujuan keselamatan) dan klik butang Next.anda juga boleh mengubah nama komputer.

5.Dalam ruangan Time Zone, pilih Negara((GTM+08.00)kuala lumpur, Singapore) dan klik
butang next


6.Proses Setup akan diteruskan. Tunggu hingga selesai

7.Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan  mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.


8.Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP
Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.


9.“Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.


10.Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari



11.Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini  dengan menekan butang Skip.
12.Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft.   Tekan butang Next. Jika anda menggunakan licen key yang tulen,anda bolehlah mendaftar dengan Microsoft.

13.Masukkan nama anda dan tekan butang Next.



14.Klik pada butang Finish.



Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


*untuk membuat installation software yang lain, ikut langkah-langkah yang telah di sediakan.

Sekian terima kasih….


....Selamat mencuba

^_~ V